19 November 2008

Hei Si Tukang Malas!

En Afandi, seorang cikgu baru sahaja ditukarkan ke sebuah sekolah di pendalaman. Dia menyewa sebuah rumah di pinggir kampung. Jirannya ialah seorang tukang kayu, kadang2 dia buat kerja dirumah juga.

Suatu malam Afandi terjaga.. ada bunyi orang mengetuk kayu..
Klonk klonk klonk..
Ai.. jiran aku nih buat kerja sampai malam ke.. susah aku nak tidor..

Esoknya dia bertanya pada jirannya.
"Pak Mat buat kerja ke malam tadi..?".
"Eh! Mana ada? Pakcik tido sampai subuh semalam.. penat betul buat kerja"

Malam esoknya, Afandi terjaga lagi...Bila ditanya.. Pak Amat terus menafikan...
dua tiga hari tidornya diganggu..Afandi tak puashati... "aku kena intip apa Pak Amat buat malam2!"

Malam tu Afandi tidak tidur...
Klonk klonk klonk..
Klonk klonk klonk..
Klonk klonk klonk..
Afandi membuka tingkap rumahnya..
dia nampak..

Tukang Malas @  Large-tailed Nightjar

Burung Tukang Malas / Burung Tukang Kubur
Large Tailed Nightjar
Caprimulgus macrurus

bunyinya seakan-akan ketukan kayu klonk klonk klonk


14 November 2008

Bila tempua bersarang rendah.

Seperti burung ciak, burung tempua tinggal di kawasan yang lapang, biasenya tempat yang ada lalang yang tinggi. Kenapa? kerana ia perlukan helaian daun lalang yang panjang untuk membuat sarang.

Burung Tempua @  Baya Weaver

Ini ialah burung tempua yang belum matang (juvenile) sedang menunggu ibubapa balik dengan makanan. Burung yang belum matang makan serangga yang penuh protein untuk membesar.

Burung Tempua @  Baya Weaver

B
urung jantan yang tidak membiak(non breeding adult) dan burung betina sama rupanya.. pada masa ini ia makan bijiran seperti padi dan buah lalang..

Burung Tempua @  Baya Weaver

Burung Tempua/Ciak Tempua
Baya Weaver
Ploceus philippinus

Apabila burung jantan sudah matang (boleh membiak), atas kepalanya akan menjadi kuning dan mukanya menjadi hitam. warna kuning di dada akan menjadi lebih jelas dan ia akan mula mengayam sarangnya..

Kalau Tempua bersarang rendah, mesti ada sebabnya.. kalau bersarang atas air atau tepi tebing tinggi memang sarang ia rendah. biasanya sarang ia memang tinggi..

Bila burung jantan yang sudah matang, ia akan mula membina sarang menggunakan helaian lalang muda yang hijau.


Mula bahagian atas dulu..


Kelihatan Tempua jantan sedang tekun membina sarangnya.. menggunakan helaian lalang



Pada masa yang sama ia cuba menarik perhatian burung betina untuk jadi pasangannya



Kalau ada burung betina yang terpikat, sarang akan disiapkan dan ia akan bertelur di sarang tersebut.. sarang yang siap mempinyai corong di pintu masuk..



kalau tiada burung tempua betina yang terpikat, sarang yang hampir siap terus ditinggalkan..

10 November 2008

Bertemu Hantu Jalur di lereng bukit

Suatu Ahad, selepas hujan aku pergi ke tempat biasa aku. Agak lambat juga, sudah pukul 11. Kali ini aku buat laluan baru.. redah semak samun setinggi dada, hinggalah sampai ke lereng bukit. Aku panjat bukit itu.

aku susuri keliling bukit itu dengan perlahan sambil memerhati sekeliling... Tetiba, aku perasan ada lembaga di atas pokok. matanya besar memerhatikan aku..

Burung Hantu Jalur @  Barred Eagle Owl

Burung Hantu Jalur
Barred Eagle Owl
Bubo Sumatranus

Ia adalah Burung Hantu Jalur sedang merehatkan diri menunggu malam. Bersama anak kesayangannya

Burung Hantu Jalur @  Barred Eagle Owl with Juvenile

yang sentiasa memerhatikan aku.. Si ibu? cuba menyambung lelapnya.. Comel putih saja anaknya.. kelak menjadi cokelat bila dewasa. Perhatikan telinganya yang besar itu... beberapa minit aku perhatikan.. bila nak beredar, aku berbisik "bye bye burung hantu". Terus sahaja si ibu? memalingkan muka.. fuih! itu baru berbisik.. sensitif sungguh pendengarannya..