Memandangkan lokasi burung2 dah semakin jauh untuk dicari dan harga minyak pun semakin mahal, saya mengambil keputusan mendapatkan kenderaan baru untuk pergi memburung.
Setelah difikir2, saya telah membeli sebuah motosikal scrambler untuk saya senang masuk ke belukar dan ke mana-mana sahaja ;)
Pilihan saya, Demak DTM150, terbukti jimat minyak dan cukup besar untuk mengangkut alatan2.
Sebaik sahaja habis pantang, saya lenjan masuk hutan dengan tayar jalanraya.. :)
belum cukup modal untuk menukar ke tayar knobby..
Helang Merah(Brahminy Kite) ini terlalu jauh dan terlalu tinggi untuk diambil gambarnya..cantik untuk silhouette bagi saya :)
tetapi Beberek Ekor Biru (Blue-tailed Bee-eater) yang bertenggek di talian elektrik di tepi jalan ini cukup elok untuk di tangkap dari atas motor.
Tarikh gambar (Oktober 2010)
akan tetapi, setiap alatan perlu difasihkan penggunaannya sebelum dapat dimanafaatkan sepenuhnya.. Nantikan gambar2 yang lebih baik selepas ini.. hehe ;)
29 June 2011
09 June 2011
Si Penghulu dan Gembala
Sampai di satu lereng bukit, aku berhenti sebentar. Satu kaki Tripod ku yang di atas pada kedudukan paling redah, dua lagi di kedudukan paling tinggi...betul-betul menghala ke kawasan agak rata di atas.. Suasana senyap sunyi...
Tetiba ada bermacam jeritan...Krohh....bunyi ranting2 patah di atas pokok...
aku membatukan diri,dari ekor mata nampak kelibat haiwan berbulu pantas melompat2 dengan laju di atas pokok...macam di kejar sesuatu..
Setelah suasana kembali aman, tiba-tiba ada bunyi sesuatu memijak daun2....
nampak kepaknya yang biru..
Hanya dapat beberapa kali menekan butan "shutter", ia pun pergi...
Gembala Pelanduk
Hooded Pitta
Pitta sordida
Berpuas hati dengan "lifer" saya, saya pun turun ke kawasan tepi kolam...
di situ sekumpulan beruk sedang berehat2. Saya pun "join" sekali smbil menunggu kiranya ada aksi menarik..
Rupa-rupanya kekecohan tadi ialah akibat ketua kumpulan beruk itu sedang mengajar jantan-jantan yang lain untuk menunjukkan siapa yang berkuasa.. nampak jelas luka yang dialami oleh penghulu beruk..
Berok
Pig-tailed Macaque
Macaca nemestrina
Tapi ia masih boleh melaksanakan tanggungjawapnya...;)

Labels:
**Mammal,
~Gembala Pelanduk,
Pitta.Hooded
Subscribe to:
Posts (Atom)