04 November 2009

Biawak Air

Semalam masa melepak di tepi Sungai Klang, nampak lagi biawak berenang-renang menyeberangi sungai. Selalu juga nampak binatang ini sampai kekadang buat tak tahu saja.

Yesterday, while I was at the Klang river bank, saw one monitor lizard swimming across the river. Quite a number of times, i found this lizard that sometimes i just ignore it

Ini kelihatan ia sedang merayau mencari makanan.

This is when it is foraging for food
Usual morning walk

Suatu hari tu terjumpa bangkai babi/anjing terdampar di tebing , mungkin dibawa air pasang. Tak lama menunggu, datanglah seekor biawak memakan bangkai tersebut..

One day, I spotted a pig/dog carcass that landed on the bank, maybe carried by the rising water. Not long, came a monitor lizard and it start eating.
biawak makan bangkai

Ini pula gambat potrait. Baru jer naik dari longkang, terjumpa ngan saya...dapat beberapa shot, dia turun balik.. hehe

Here is the potrait shot, It just climb up the drain wall and met me.. got a few shots, and it went back down..hehe
saying hi!
Biawak Air
Malayan Water Monitor
Varanus Salvator

Anak dia comel jer, macam cicak..tapi yang ni dah sekaki setengah agaknya.

Its young are pretty cute, just like common house gecko..but this one already about one and a half feet.

Baby Monitor Lizard

Biawak ni tak makan orang, cuma orang je makan biawak. Kekadang saya duduk diam-diam, dia datang dekat.. kalau dah dekat sangat, saya hentakkan kaki ke tanah.. dia pun lari ler..

This lizard doesnt eat people, just people eat them. Sometimes, when I sit quietly in the bushes, It came near..If it is too close for comfort, I just stomp my feet to the ground and off it went!

20 October 2009

Perenjak Leher Hitam

Perenjak Leher Hitam(Dark-necked Tailorbird), sekali dengar macam hero komik yang telah dialihbahasa kepada bahasa Malaysia saja.

Yang betina, sekali pandang, macam Perenjak Pisang(Common Tailorbird) sahaja.

bkt-cerakah-1321
Gambar kecil menunjukkan bahagian bawah ekornya yang kuning

Perenjak Leher Hitam

Dark-necked Tailorbird
Orthotomus atrogularis

Perenjak Pisang @ Common Tailorbird
Perenjak Pisang
Common Tailorbird/Long-tailed Tailorbird
Orthotomus sutorius

Perenjak Leher Hitam jantan lebih senang dikenali dengan bahagian leher hitam yang jelas kelihatan.

beberapa aksi menarik
bkt-cerakah-1343
Pandangan terbaik untuk melihat bahagian hitam di leher, sayang gambar kabur, Burung perenjak ini sangat aktif.

Mari kita lihat aksi-aksi meregang

bkt-cerakah-1335
Meregangkan kaki dan ekor..eeewah!

bkt-cerakah-1337
Regangkan kepak pula..hehe

Perenjak Leher Hitam ni boleh dijumpai di pinggir hutan tanah rendah.

15 October 2009

Memburung di belakang zoo

Satu hari ahad, aku menerima ajakan Tabib dan Madibirder untuk memburung di Kemensah. Dah lama dengar ada kawasan hutan di belakang zoo negara ini, tapi tak pernah sampai. Sampai-sampai di depan pintu zoo negara, Tabib, Madi dan anak lelaki Madi(Ilyas) sedang makan pagi. Selesai makan, kami masuk ke kawasan hutan Kemensah dengan kereta Madi.

Sampai-sampai, masuk je denai kena memanjat bukit. Wah! mengah-mengah nak memanjat ke atas.. mungkin sebab cuti sebulan berjalan.

Sampai di sebuah kolam, sementara diorang mencari pekaka. Saya tangkap gambar burung ini..

Burung Merbah Belukar (Olive-winged Bulbul) sedang berkicau sambil diperhatikan oleh pasangannya.
Kemensah-091011-004

Burung Layang-layang Pasifik(Pacific Swallow) ini juga sedang berehat di atas besi cerucuk yang terpacak di dalam tasik.
Kemensah-091011-007

Naik lagi ke atas bukit, saya di temukan dengan lifer saya yang pertama hari itu..


Burung Layang-layang Berjambul Kecil (Whiskered Treeswift), tertarik saya dengan cara ia melipat sayapnya selepas hinggap, semacam robot.

sampai di satu lembah, banyak lagi berjumpa berbagai spesis burung.


Burung Belatuk Biji Nangka betina (Rufous Woodpecker;female) yang pertama dapat ditangkap gambarnya oleh saya. Pada spesis belatuk, yang jantan ada calitan merah pada sisi kepalanya.
Lihat Belatuk Biji Nangka Jantan

Burung migrant juga sudah kembali.
Kemensah-091011-022
Ini burung Sambar Asia(Asian-brown Flycatcher).



Ini pula burung Kelicap Pipi Merah betina.(Ruby-cheeked Sunbird)Sepah Puteri Dada Merah; betina.(Scarlet-breasted flycatcher;female), masih tak dapat yang jantan.

Kemensah-091011-038
Daripada sekumpulan 5 ekor burung Cenuk Kerak ini, saya hanya dapat mengambil gambar seekor Cenuk Kerak Betina(Raffle's Malkoha;female) saja.


Seekor lagi burung betina?, Belatuk Merah.(Banded Yellownape;female). mungkin ya, sebab tak nampak tanda merah di sisi kepala.

Selepas keluar dari kawasan tersebut, Madi membawa kami berkereta di jalan-jalan sekitar Kemensah. Di satu lagi tempat di tepi jalan..

Lifer yang kedua!

Burung Mata Putih Rimba (Everett's White-eye)

Hampir-hampir tidak dapat menangkap lifer saya yang ketiga.


Merbah Siam(Black-headed Bulbul)

Terima kasih kepada Madibirder dan Tabib sebab mengajak saya mengunjungi kawasan yang mempunyai banyak spesies burung yang sungguh dekat dengan Kuala Lumpur.

My birdlist(seen,shot and with clear ID)
  1. Whiskered Treeswift
  2. Rufous Woodpecker
  3. Yellow-bellied Warbler
  4. Pacific Swallow
  5. Ruby-cheeked Sunbird
  6. Raffle's Malkoha
  7. Banded Yellownape
  8. Olive-winged Bulbul
  9. Blue-tailed Beeater
  10. Everett White-eye
  11. Black Headed Bulbul
  12. Barn Swallow