Showing posts with label ~Murai Kampung. Show all posts
Showing posts with label ~Murai Kampung. Show all posts

30 April 2010

Daun dan ranting

Sekarang adalah musim membiak untuk burung-burung tempatan. Kita dapat lihat burung-burung sibuk mencari pasangan, mengawan dan membina sarang.

Seperti Murai Kampung ini membawa daun-daun penuh dalam paruhnya..

Semasa ia membawa bahan-bahan binaan ke sarangnya, ia melihat sekeliling takut-takut ada yang melihat kedudukan sarangnya, setelah rasa selamat baru ia ke sarangnya..

Burung Takau Rakit ini juga kelihatan sedang membawa sebatang ranting di dalam paruhnya..


Takau Rakit
Black-and-red Broadbill
(Cymbirhynchus macrochynchus)

lama ia menunggu dengan ranting di dalam paruhnya... setelah saya beredar baru ia terbang. Rupa-rupanya sarangnya berada betul-betul di atas tempat saya berdiri tadi.. rupanya ia menunggu saya beredar dari situ ;)..

08 October 2009

Hari hujan.

Pagi ni hujan, dengarnya di Malaysia, ada 200 hari hujan dalam setahun. Adakah ini bermakna, makin kurang hari untuk melihat burung?

Sama sekali tidak!

Sebabnya, kalau hujan di tengahari atau petang, selepas hujan burung-burung akan keluar mencari makan. Cuba bayangkan masa mencari makan dipadatkan daripada beberapa jam kepada mungkin sejam selepas hujan. Peluang untuk melihat burung akan menjadi lebih senang..

Berikut ialah antara burung2 yang biasa kita lihat2 di sekitar rumah yang saya ambil dalam masa hanya setengah jam selepas hujan.

usj1-P8101967
Seekor Murai Kampung Jantan. (18:12:54)

usj1-P8101969
Datang Tiong Gembala Kerbau ini berusaha menghalau Murai Kampung tersebut (18:14:13)

usj1-P8101989
Kemudian, datang pula pasangan Murai tersebut(18:27:03)

usj1-P8101997
Rupa-rupanya, anak murai itu pun ada disekitar tempat itu.(18:35:59)

Sekarang saya sentiasa mencari kesempatan untuk keluar selepas hujan.

09 September 2009

Scratching-indirect kind

I have read in BESG about bird scratching of the indirect method, so I double check my photos and I found not one but 2!



an Oriental Magpie Robin

P1120040

a Yellow-vented Bulbul

notice that the feet is over the wings to scratch the head

23 October 2008

Hikayat Murai Kampung

saya suka berkicau2 di waktu pagi! saya rasa kicauan sayalah yang sedap sekali.. burung tiung pun suka tiru nyanyian saya. maknusia pun cipta perumpamaan "seperti murai tercabut ekor". saya kan terkenal.. semua kenal saya.. hehe.. syarikat petroliam terkenal tu pun buat iklan pasal saya.. bangganya... :D

mari kenal saya dengan lebih dekat..

Ini semasa saya baru keluar dari sarang, belum pandai terbang lagi. ekor pun pendek lagi.. cuba, lihat di pangkal paruh saya, ada lagi warna kuning.. itu supaya senang ibubapa saya menyuapkan saya makanan. Bulu di dada saya pun berketak-ketak warnanya.. tak boleh kenal jantan atau betina lagi...

Ini pula masa saya sudah pandai terbang! Saya sedang ikut ibubapa saya mencari makanan. Kami cari ulat, serangga dan binatang kecil lain. Bulu di dada saya masih berbintik-bintik, tapi dah nampak jantina saya. cuba teka saya jantan ke betina?

Ini rupa burung murai kampung jantan..

Murai Kampung @ Oriental Magpie Robin

bulu di dadanya hitam berkilat

Murai Kampung @ Oriental Magpie Robin

murai kampung betina pula dadanya warna kelabu..

jadi..jawapannya betina lah. Saya tinggal di mana-mana ada manusia tinggal tapi kenalah ada pokok untuk buat sarang. Baru boleh saya menyanyi pagi-pagi untuk menghiburkan hati.

Murai Kampung
Oriental Magpie Robin
Copsychus Saularis