Showing posts with label ~Pekaka Dada Putih. Show all posts
Showing posts with label ~Pekaka Dada Putih. Show all posts

28 January 2010

Memburung dari kereta.

Petang semalam hujan lebat. Nyaris tak lenjun, sempat juga memasukkan kamera di dalam beg dan berjalan di dalam hujan. Sampai sahaja di dalam kereta hujan turun mencurah-curah.


Kalau hujan renyai sahaja,boleh juga memburung dari dalam kereta. Untuk itu saya telah membuat alat ini.




Dulu saya menggunakan pan head yang diambil dari tripod yang telah rosak, tetapi bila kedudukan kereta tidak sekata,gambar yang diambil menjadi senget. Oleh itu saya telah tukarkan kepada ball head mini.



Tripod mini berharga RM10 telah menjadi mangsa. Mungkin di masa akan datang, saya akan meningkat taraf kepada ball head yang lebih berkualiti. Lain-lain bahagian, saya menggunakan 100% bahan-bahan terbuang.



Mungkin ada yang bertanya, kenapa tak pakai sahaja bean bag atau window ball head yang ada di pasaran, mungkin sikap saya yang suka mereka-reka dan kedekut ;)

Lagi pun, alat - alat tersebut tidak boleh dilaras ketinggiannya.


Cuba lihat dalam gambar, Nampak tak burung pekaka Berwarna biru di ranting patah itu.

Inilah hasilnya..

Usj1-091117-015

22 December 2008

Pekak ke?

Bunyinya kasar ... Hark Hark Hark, kalah penyanyi rock. Malah lebih serak dari bunyi burung gagak.. Selalunya berbunyi bila ia terbang.

Banyak kali juga terserempak dengan burung ini. Pekaka Dada putih (White-throated Kingfisher), Burung Raja Udang (Common Kingfisher) juga sejenis burung Pekaka tapi dadanya oren. Sekali je jumpa, tapi tak dapat ambil gambar. Kat Malaysia ada 13 spesis burung pekaka. Saya baru dapat satu.(as in June 26,2008)

Ini first time shoot this bird. Jauh dan tak berapa clear..



Dah berapa kali tangkap gambar burung ni,rasanya ini lah yang paling clear sekali.. Nampak paruh dia yang besar dan merah. Well, merah tanda bahaya.. so Watchout! lah wahai ikan - ikan sekalian.


Pekaka Dada Putih @ Pekaka Belukar
White-throated Kingfisher
Halcyon smymensis