Showing posts with label Malkoha.Raffles's. Show all posts
Showing posts with label Malkoha.Raffles's. Show all posts

15 October 2009

Memburung di belakang zoo

Satu hari ahad, aku menerima ajakan Tabib dan Madibirder untuk memburung di Kemensah. Dah lama dengar ada kawasan hutan di belakang zoo negara ini, tapi tak pernah sampai. Sampai-sampai di depan pintu zoo negara, Tabib, Madi dan anak lelaki Madi(Ilyas) sedang makan pagi. Selesai makan, kami masuk ke kawasan hutan Kemensah dengan kereta Madi.

Sampai-sampai, masuk je denai kena memanjat bukit. Wah! mengah-mengah nak memanjat ke atas.. mungkin sebab cuti sebulan berjalan.

Sampai di sebuah kolam, sementara diorang mencari pekaka. Saya tangkap gambar burung ini..

Burung Merbah Belukar (Olive-winged Bulbul) sedang berkicau sambil diperhatikan oleh pasangannya.
Kemensah-091011-004

Burung Layang-layang Pasifik(Pacific Swallow) ini juga sedang berehat di atas besi cerucuk yang terpacak di dalam tasik.
Kemensah-091011-007

Naik lagi ke atas bukit, saya di temukan dengan lifer saya yang pertama hari itu..


Burung Layang-layang Berjambul Kecil (Whiskered Treeswift), tertarik saya dengan cara ia melipat sayapnya selepas hinggap, semacam robot.

sampai di satu lembah, banyak lagi berjumpa berbagai spesis burung.


Burung Belatuk Biji Nangka betina (Rufous Woodpecker;female) yang pertama dapat ditangkap gambarnya oleh saya. Pada spesis belatuk, yang jantan ada calitan merah pada sisi kepalanya.
Lihat Belatuk Biji Nangka Jantan

Burung migrant juga sudah kembali.
Kemensah-091011-022
Ini burung Sambar Asia(Asian-brown Flycatcher).



Ini pula burung Kelicap Pipi Merah betina.(Ruby-cheeked Sunbird)Sepah Puteri Dada Merah; betina.(Scarlet-breasted flycatcher;female), masih tak dapat yang jantan.

Kemensah-091011-038
Daripada sekumpulan 5 ekor burung Cenuk Kerak ini, saya hanya dapat mengambil gambar seekor Cenuk Kerak Betina(Raffle's Malkoha;female) saja.


Seekor lagi burung betina?, Belatuk Merah.(Banded Yellownape;female). mungkin ya, sebab tak nampak tanda merah di sisi kepala.

Selepas keluar dari kawasan tersebut, Madi membawa kami berkereta di jalan-jalan sekitar Kemensah. Di satu lagi tempat di tepi jalan..

Lifer yang kedua!

Burung Mata Putih Rimba (Everett's White-eye)

Hampir-hampir tidak dapat menangkap lifer saya yang ketiga.


Merbah Siam(Black-headed Bulbul)

Terima kasih kepada Madibirder dan Tabib sebab mengajak saya mengunjungi kawasan yang mempunyai banyak spesies burung yang sungguh dekat dengan Kuala Lumpur.

My birdlist(seen,shot and with clear ID)
  1. Whiskered Treeswift
  2. Rufous Woodpecker
  3. Yellow-bellied Warbler
  4. Pacific Swallow
  5. Ruby-cheeked Sunbird
  6. Raffle's Malkoha
  7. Banded Yellownape
  8. Olive-winged Bulbul
  9. Blue-tailed Beeater
  10. Everett White-eye
  11. Black Headed Bulbul
  12. Barn Swallow

07 May 2009

Look first dont run

Heeeeea heeea heea.. bunyi macam tangisan.. tapi dalam hutan gelap. Adakah anda kemas barang anda dan balik.. tak! sepatutnya pergi cari punca bunyi tu...

Bunyi tu datang dari burung ini.. burung Cenuk Kerak. Ia bergerak menyusuri dahan. dicelah-celah daun2. kalau dari jauh nampak seolah-oleh daun bergerak2 sendiri. Bila perhati muncul pula mata dan paruh berwarna biru muda kehijau - hijauan.


Ini ialah burung jantan.. kepala berwarna cokelat.


burung betina pula berkepala putih.

Cenuk Kerak
Raffles's Malkoha
Phaenicophaeus chlorophaeus

Antara burung yang terdapat di Taman Pertanian Bukit Cerakah