Showing posts with label ~Murai Rimba. Show all posts
Showing posts with label ~Murai Rimba. Show all posts

20 November 2008

Selepas Hujan.

Satu hari selasa, kalau tak silap semasa cuti hari raya yang masih berbaki. Sengaja ambil cuti panjang. tak tahu nak buat apa, pergilah Taman Pertanian Bukit Cerakah.

Baru sahaja sampai pondok yang selalu duduk2 tunggu burung, hujan mula menitik.. lama-lama terus hujan lebat. Sempat juga ambil gambar guna lens 50mm f1.8 dengan 2x teleconverter yang cadangnya nak buat fotografi macro.





selepas hujan berhenti sudah petang, ingatkan hari ni memang tak ada nasib la memburung. satu burung pun tak dapat.

masa berjalan pulang..

jumpa ni

Burung Pong Pong @ Fluffy-backed Tit Babbler

Rimba Pong Pong
Fluffy-backed Tit Babbler
Macronus ptilosus

nasib baik saja tak berapa blur, sebab hari memang gelap..pakai flash pun 1/6s.
Kenapa nama burung tu sangat pelik..funny!

hilang sahaja burung pong-pong tu bergerak kembali ke pintu keluar..

jumpa pulak ini

Murai Rimba @ White Rumped Shama

Murai Rimba
White-rumped Shama
Copsychus malabaricus

tengah melihat2 burung murai kampung bernyanyi..
ada juga burung sambar asia sekali..

kalau tak ada pun jangan putus asa.. mana tahu.. nasib!