Setelah difikir2, saya telah membeli sebuah motosikal scrambler untuk saya senang masuk ke belukar dan ke mana-mana sahaja ;)
Pilihan saya, Demak DTM150, terbukti jimat minyak dan cukup besar untuk mengangkut alatan2.

Sebaik sahaja habis pantang, saya lenjan masuk hutan dengan tayar jalanraya.. :)
belum cukup modal untuk menukar ke tayar knobby..
Helang Merah(Brahminy Kite) ini terlalu jauh dan terlalu tinggi untuk diambil gambarnya..cantik untuk silhouette bagi saya :)

tetapi Beberek Ekor Biru (Blue-tailed Bee-eater) yang bertenggek di talian elektrik di tepi jalan ini cukup elok untuk di tangkap dari atas motor.

Tarikh gambar (Oktober 2010)
akan tetapi, setiap alatan perlu difasihkan penggunaannya sebelum dapat dimanafaatkan sepenuhnya.. Nantikan gambar2 yang lebih baik selepas ini.. hehe ;)
No comments:
Post a Comment
Sweets or Stones, it must worth something..jot it down!