14 November 2008

Bila tempua bersarang rendah.

Seperti burung ciak, burung tempua tinggal di kawasan yang lapang, biasenya tempat yang ada lalang yang tinggi. Kenapa? kerana ia perlukan helaian daun lalang yang panjang untuk membuat sarang.

Burung Tempua @  Baya Weaver

Ini ialah burung tempua yang belum matang (juvenile) sedang menunggu ibubapa balik dengan makanan. Burung yang belum matang makan serangga yang penuh protein untuk membesar.

Burung Tempua @  Baya Weaver

B
urung jantan yang tidak membiak(non breeding adult) dan burung betina sama rupanya.. pada masa ini ia makan bijiran seperti padi dan buah lalang..

Burung Tempua @  Baya Weaver

Burung Tempua/Ciak Tempua
Baya Weaver
Ploceus philippinus

Apabila burung jantan sudah matang (boleh membiak), atas kepalanya akan menjadi kuning dan mukanya menjadi hitam. warna kuning di dada akan menjadi lebih jelas dan ia akan mula mengayam sarangnya..

Kalau Tempua bersarang rendah, mesti ada sebabnya.. kalau bersarang atas air atau tepi tebing tinggi memang sarang ia rendah. biasanya sarang ia memang tinggi..

Bila burung jantan yang sudah matang, ia akan mula membina sarang menggunakan helaian lalang muda yang hijau.


Mula bahagian atas dulu..


Kelihatan Tempua jantan sedang tekun membina sarangnya.. menggunakan helaian lalang



Pada masa yang sama ia cuba menarik perhatian burung betina untuk jadi pasangannya



Kalau ada burung betina yang terpikat, sarang akan disiapkan dan ia akan bertelur di sarang tersebut.. sarang yang siap mempinyai corong di pintu masuk..



kalau tiada burung tempua betina yang terpikat, sarang yang hampir siap terus ditinggalkan..

3 comments:

  1. Burung Tempua memakan tebuan
    Tebuan dikejar terbang tinggi
    Cantik sungguh rakaman tuan
    Tapi tak pernah kulihat di sini

    ReplyDelete
  2. Finally I got mine this week. :)
    /Tabib/.

    ReplyDelete
  3. nak tanya tuan fotographer,berapa lama lah agaknya burung tu ambik masa nak siapkan sebuah sarang tu?
    kalau tgk dari kehalusan anyaman tu..mau berhari2 gak lah kot ?..
    bila tgk sarang burung ni tergerak saya nak menganyam menggunakan rotan..boleh tgk di http://zackmohd.blogspot.com

    ReplyDelete

Sweets or Stones, it must worth something..jot it down!