19 November 2008

Hei Si Tukang Malas!

En Afandi, seorang cikgu baru sahaja ditukarkan ke sebuah sekolah di pendalaman. Dia menyewa sebuah rumah di pinggir kampung. Jirannya ialah seorang tukang kayu, kadang2 dia buat kerja dirumah juga.

Suatu malam Afandi terjaga.. ada bunyi orang mengetuk kayu..
Klonk klonk klonk..
Ai.. jiran aku nih buat kerja sampai malam ke.. susah aku nak tidor..

Esoknya dia bertanya pada jirannya.
"Pak Mat buat kerja ke malam tadi..?".
"Eh! Mana ada? Pakcik tido sampai subuh semalam.. penat betul buat kerja"

Malam esoknya, Afandi terjaga lagi...Bila ditanya.. Pak Amat terus menafikan...
dua tiga hari tidornya diganggu..Afandi tak puashati... "aku kena intip apa Pak Amat buat malam2!"

Malam tu Afandi tidak tidur...
Klonk klonk klonk..
Klonk klonk klonk..
Klonk klonk klonk..
Afandi membuka tingkap rumahnya..
dia nampak..

Tukang Malas @  Large-tailed Nightjar

Burung Tukang Malas / Burung Tukang Kubur
Large Tailed Nightjar
Caprimulgus macrurus

bunyinya seakan-akan ketukan kayu klonk klonk klonk


2 comments:

  1. Macam mana dapat tangkap Si Tukang ni disiang hari?
    Saya dapat hanya semasa dia sedang bekerja di atas kabel letrik

    ReplyDelete
  2. secara tak sengaja, masa berjalan di lereng bukit, ada burung terbang melarikan diri, tapi tak jauh. dari corak ekor dapat agak burung tukang ni.. kalau dah dapat kawasan dia, kena jalan dengan senyap dan perhati dahan2. saya jumpa di pokok rimbun 2-5 kaki dari atas tanah.
    gambar ni saya shot dari atas (bukit)ke bawah..

    ReplyDelete

Sweets or Stones, it must worth something..jot it down!