08 October 2009

Hari hujan.

Pagi ni hujan, dengarnya di Malaysia, ada 200 hari hujan dalam setahun. Adakah ini bermakna, makin kurang hari untuk melihat burung?

Sama sekali tidak!

Sebabnya, kalau hujan di tengahari atau petang, selepas hujan burung-burung akan keluar mencari makan. Cuba bayangkan masa mencari makan dipadatkan daripada beberapa jam kepada mungkin sejam selepas hujan. Peluang untuk melihat burung akan menjadi lebih senang..

Berikut ialah antara burung2 yang biasa kita lihat2 di sekitar rumah yang saya ambil dalam masa hanya setengah jam selepas hujan.

usj1-P8101967
Seekor Murai Kampung Jantan. (18:12:54)

usj1-P8101969
Datang Tiong Gembala Kerbau ini berusaha menghalau Murai Kampung tersebut (18:14:13)

usj1-P8101989
Kemudian, datang pula pasangan Murai tersebut(18:27:03)

usj1-P8101997
Rupa-rupanya, anak murai itu pun ada disekitar tempat itu.(18:35:59)

Sekarang saya sentiasa mencari kesempatan untuk keluar selepas hujan.

2 comments:

Sweets or Stones, it must worth something..jot it down!