19 July 2010

Teriakan Ular Tedung

Semalam aku ke tempat biasa aku memburung. Kali ni aku menuju ke taman koko. Di situ pokok-pokoknya koko agak rendah, senang untuk mengambil gambar burung-burung yang hinggap di dahan pokok koko yang agak rendah, sekitar 2-3 meter.

Oleh kerana ia bukanlah kawasan hutan, aku terus masuk dan mencari burung lalu celah-celah pokok koko. Kedengaran kicauan burung perenjak,aku ekori mereka mencari makan. Dapatlah sekali memetik 'shutter'. Susah juga kerana mereka amat lincah untuk diambil gambar..

Lalu aku bergerak ke arah pokok-pokok kelapa sawit. Nampak seperti banyak burung merbah dan tiung sedang memakan biji sawit.

Tiba-tiba terbang dari belakang ku, seekor enggang hinggap di ke pokok kelapa sawit .

Enggang Kelingking @ Oriental Pied Hornbill

Sekejap saja ia hilang dari pandangan mata...

Aku bergerak lebih dekat lalu di bawah pokok yang banyak daun kering di bawahnya...

Hriiiiieeekkk..... Seekor Ular Tedung berdiri setinggi lututku dari bawah daun-daun kering itu.. bunyi nya seakan kucing yang dipijak ekornya..

Seperti automatik.. aku terus mengangkat kaki tripod menghalakan kepada ular itu...sambil aku mengundur ke balakang, setapak demi setapak..

Ular itu tetap berdiri tegak sambil mengeluarkan lidahnya yang merah.. selepas beberapa saat, mungkin merasakan tiada lagi dalam bahaya.. ia pun menghilangkan dirinya...

Alhamdulilah aku selamat, sayang sekali tangan aku mengeletar teramat sangat untuk menangkap gambar ular tadi sedang berdiri... aku cuba mencari ular tadi dengan teropong, tidak ketemu...

Langit nampak mendung, setelah mengambil beberapa gambar burung merbah kapur, aku pun berjalan keluar ke pintu keluar.

4 comments:

  1. Selamat kembali, lama ya tak ada posting. Saya belum pernah ada pengalaman dengan ular tedung. mintak jauh.Satu soalan, kenapa nama glamour zzlaloq di tukar kepada yatie? hehehehehe!!

    ReplyDelete
  2. long time my friend, don't blame you..dah kahwin?

    ReplyDelete
  3. Yo..yo.. jelir lidah merah!
    Zzalog aka Yatie! :)

    ReplyDelete
  4. yen, not yet... :)
    tabib, madi... tu nama photographer yang ambil gambar tu...sy cuma buat post processing je..

    ReplyDelete

Sweets or Stones, it must worth something..jot it down!