Petang semalam hujan lebat. Nyaris tak lenjun, sempat juga memasukkan kamera di dalam beg dan berjalan di dalam hujan. Sampai sahaja di dalam kereta hujan turun mencurah-curah.
Kalau hujan renyai sahaja,boleh juga memburung dari dalam kereta. Untuk itu saya telah membuat alat ini.
Dulu saya menggunakan pan head yang diambil dari tripod yang telah rosak, tetapi bila kedudukan kereta tidak sekata,gambar yang diambil menjadi senget. Oleh itu saya telah tukarkan kepada ball head mini.
Tripod mini berharga RM10 telah menjadi mangsa. Mungkin di masa akan datang, saya akan meningkat taraf kepada ball head yang lebih berkualiti. Lain-lain bahagian, saya menggunakan 100% bahan-bahan terbuang.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa tak pakai sahaja bean bag atau window ball head yang ada di pasaran, mungkin sikap saya yang suka mereka-reka dan kedekut ;)
Lagi pun, alat - alat tersebut tidak boleh dilaras ketinggiannya.
Cuba lihat dalam gambar, Nampak tak burung pekaka Berwarna biru di ranting patah itu.
Inilah hasilnya..
28 January 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amat inovatif! Sharp gambar Pekaka tu. Saya pun sedang mereka-reka satu benda sekarang, baru separuh siap.
ReplyDelete