30 October 2008

Tuwu bukan gagak

Tuwu @  Asian Koel (Male)

Hitam itu menawan! Matanya merah kecoklatan, ekornya panjang. badan sama besar dengan burung gagak.Yang jantan warna hitam, kalau nampak jangan ditembak sebab ia bukan gagak. bunyi merdu, ko-el, ko-el bila memanggil pasangan. Burung betina lebih cantik dari jantan, warna coklat ada corak2 kuning dan coklat muda. sekali pandang ingatkan helang.

Tuwu  @ Asian Koel (Female)

Tengahari tadi sempat gi cuba mainan baru, jumpa 2 tuwu jantan dan satu tuwu betina. Datang sekumpulan gagak balik dari mencari makanan. Oh ada sarang si gagak rupanya. Tuwu jantan berbunyi breep, breep, breep ... kuat sungguh bunyinya. Mungkin beri amaran kepada tuwu betina, tuan punya sarang kembali menuntut haknya.

Memang sifat burung Tuwu, bertelur di sarang burung lain. sarang burung gagak kegemarannya. Bila menetas, diberi makan sang gagak macam anaknya. Lagi cepat membesar dari anak tuan rumahnya.. anak gagak ditolak keluar dari sarangnya. Kalau kenal bunyinya, memang tahu ada merata - rata. tapi jarang nampak tuan punya suara. di pohon rimbun tempat hinggapnya. kalau datang orang bersembunyi di balik daun. memanglah ia burung pemalu.

Tuwu / Sewah Tahu
Asian Koel
Eudynamys scolopacea

28 October 2008

Samba Asia!

Yes! caught another migrant, call the immigration please!
Ya! sudah tangkap satu lagi penghijrah, sila panggil pihak immigresen!

yang ini patutnya senang nak nampak tapi susah nak kenal, sebab warna, corak dan saiz seakan-akan Ciak Rumah (Eurasian Tree Sparrow) yang banyak. cuma cam bila tengok paruhnya yang tirus. Ini kerana ia makan serangga.

Ia membiak di Siberia, Jepun dan Himalaya dan akan berhijrah ke Selatan India, Indonesia dan Malaysia pada musim sejuk.

Pandangan dari belakang, ada persamaan dengan burung ciak rumah, warna dan corak di kepak

Sambar Asia
Asian Brown Flycatcher
Muscicapa dauurica

dari depan memang boleh cam lah!

23 October 2008

Hikayat Murai Kampung

saya suka berkicau2 di waktu pagi! saya rasa kicauan sayalah yang sedap sekali.. burung tiung pun suka tiru nyanyian saya. maknusia pun cipta perumpamaan "seperti murai tercabut ekor". saya kan terkenal.. semua kenal saya.. hehe.. syarikat petroliam terkenal tu pun buat iklan pasal saya.. bangganya... :D

mari kenal saya dengan lebih dekat..

Ini semasa saya baru keluar dari sarang, belum pandai terbang lagi. ekor pun pendek lagi.. cuba, lihat di pangkal paruh saya, ada lagi warna kuning.. itu supaya senang ibubapa saya menyuapkan saya makanan. Bulu di dada saya pun berketak-ketak warnanya.. tak boleh kenal jantan atau betina lagi...

Ini pula masa saya sudah pandai terbang! Saya sedang ikut ibubapa saya mencari makanan. Kami cari ulat, serangga dan binatang kecil lain. Bulu di dada saya masih berbintik-bintik, tapi dah nampak jantina saya. cuba teka saya jantan ke betina?

Ini rupa burung murai kampung jantan..

Murai Kampung @ Oriental Magpie Robin

bulu di dadanya hitam berkilat

Murai Kampung @ Oriental Magpie Robin

murai kampung betina pula dadanya warna kelabu..

jadi..jawapannya betina lah. Saya tinggal di mana-mana ada manusia tinggal tapi kenalah ada pokok untuk buat sarang. Baru boleh saya menyanyi pagi-pagi untuk menghiburkan hati.

Murai Kampung
Oriental Magpie Robin
Copsychus Saularis

22 October 2008

Bila beruk melontar kata

Silver Hair monkey



Hai Manusia...

pertama kali nya aku meminta maaf kerna kataku
tidak seindah melilit kata karo ilham altehrani.
maaf juga kerana kata dilontar dengan sengaja
supaya terasa,tersusuk di sanubari..

Hai Manusia...

Kenapa kau riak dan tinggi diri..
Bukankah dunia ini pinjaman dari Tuhan Maha Kuasa,
Kau Dijatuhkan ke dunia untuk memikul tanggungjawab bersama..
Diberikan akal pikiran dan naluri,
supaya memikul tanggungjawap sebagai khalifah didunia..

Hai manusia...

Kenapa kau lupa diri, katakan kamu punya teori.
padahal dikasihani, ditunjukkan dengan berbagai cara ..
kenapa kau tamak, nak memboloti semua ,
ada geran, kata semua disitu, kau yang miliki..
kenapa kau terasa pandai diri, mencipta bagai ideologi,
padahal semua tertulis sejak hakiki..

Hai manusia...

Kami makhluk2 tuhan yang hina,
tapi kami tak lupa,
kami ikut peraturan yang hakiki,
hidup kami mudah mengikut naluri,
kami tahu siapa di atas siapa dibawah,
semua simbiosis hidup bersama.
itu yang kamu kata ekologi...

Hai manusia,

Kami sungguh sedih di sini,
Disebabkan riak, yang mulia jadi hina,
tapi akhirat dunia pinjaman ini belum bermula,
masih ada masa untuk kamu semua,
Tawadduk itu maknanya rendah diri..
Susuk susukkan di sanubari..
wahai manusia yang masih disayangi..

Dari kami beruk-beruk yang hina..

21 October 2008

Life isnt fair

Some of us feel that life is'nt fair. On the chronic side they feel the world is against them, maybe its their career, family, friends etc.

The good news is..Well! life are not fair but balanced.

In the avian world, there is a phenomenon called brood parasite. 40% of the cuckoo family practices brood parasitism but of all the bird species only 1% does it. So in other word its balanced... isnt it?

Now the unfairness side..

Just look at the pic above, the plaintive cuckoo has picked the ashy tailorbird as its host. Meaning, the cuckoo has becomes the tailorbird foster child. Just imagine taking care of a child as big as an ox. Get the picture!.. isnt fair is it..

just for facts


Ashy Tailorbird
Perenjak Kelabu
Orthotomus sepium
length:12cm

Plaintive Cuckoo
Sewah Mati Anak
Cacomantis merulinus
length:22cm

so live life as is,
if u think life is hard, others live harder
if u think life is good, others live better..
just live the best as we can achive..

Dendam si Bubut Besar

Pada zaman dahulu, ada 2 ekor burung yang berkawan baik, iaitu burung bubut besar dengan burung kuang raya.

Sewaktu mereka berjalan-jalan di tepi kampung mereka terjumpa dengan lopak air. Kuang raya dapat melihat bayangan badannya pada permukaan air. "Bubut! aku rasa bulu belakang aku ini tak cukup cantiklah." kata kuang. Bubut menjawap "apa pulak tak cantik? kan ekor kita sama-sama panjang!"

Pada suatu hari yang lain, mereka terjumpa sebotol dakwat yang ditinggalkan oleh penduduk kampung. "Ha! apakata kau lukis corak-corak di bulu belakang ku.. mesti cantik, nanti aku buatlah pada kau pulak!" kata kuang

"Baiklah kuang, mari aku buatkan"

Bubut pun dengan tekunnya melukis corak-corak dibulu kuang (burung kuang mempunyai corak2 seperti merak)

"dah siap!" bubut berkata.. "sekarang giliran aku pula"

"alaa bubut, aku tak pandailah!" kata kuang..

dengan kejinya, kuang menyimbah dakwat hitam itu pada badan bubut, terkenalah pada muka dan ekornya... habis hitam.

"Cisss! cilaka kau kuang! Nahas kau!", bubut naik marah... matanya jadi merah...

Kuang yang tersangat takut lalu melarikan dirinya ke hutan rimba. Sampai ke hari ini, Bubut dapat dilihat di kampung2 menjenguk2 di bawah semak mencari kuang. Bunyinya seakan burung hantu menakutkan huuuut! huuuuut! huuuut! Manakala kuang yang lari ke hutan sangat susah dijumpai kerana amat takutkan bubut.

bubut besar

Bubut Besar
Greater Coucal
Centropus Sinensis

eyelid

dapat dilihat matanya yang merah, dengan selaput mata untuk melindungi mata.

kawan saya (kak aida ark) dari sabah kata bubut juga bermakna kejar, mungkin nama memang asal dari cerita ini.