Pada zaman dahulu, ada 2 ekor burung yang berkawan baik, iaitu burung bubut besar dengan burung kuang raya.
Sewaktu mereka berjalan-jalan di tepi kampung mereka terjumpa dengan lopak air. Kuang raya dapat melihat bayangan badannya pada permukaan air. "Bubut! aku rasa bulu belakang aku ini tak cukup cantiklah." kata kuang. Bubut menjawap "apa pulak tak cantik? kan ekor kita sama-sama panjang!"
Pada suatu hari yang lain, mereka terjumpa sebotol dakwat yang ditinggalkan oleh penduduk kampung. "Ha! apakata kau lukis corak-corak di bulu belakang ku.. mesti cantik, nanti aku buatlah pada kau pulak!" kata kuang
"Baiklah kuang, mari aku buatkan"
Bubut pun dengan tekunnya melukis corak-corak dibulu kuang (burung kuang mempunyai corak2 seperti merak)
"dah siap!" bubut berkata.. "sekarang giliran aku pula"
"alaa bubut, aku tak pandailah!" kata kuang..
dengan kejinya, kuang menyimbah dakwat hitam itu pada badan bubut, terkenalah pada muka dan ekornya... habis hitam.
"Cisss! cilaka kau kuang! Nahas kau!", bubut naik marah... matanya jadi merah...
Kuang yang tersangat takut lalu melarikan dirinya ke hutan rimba. Sampai ke hari ini, Bubut dapat dilihat di kampung2 menjenguk2 di bawah semak mencari kuang. Bunyinya seakan burung hantu menakutkan huuuut! huuuuut! huuuut! Manakala kuang yang lari ke hutan sangat susah dijumpai kerana amat takutkan bubut.
Bubut Besar
Greater Coucal
Centropus Sinensis
kawan saya (kak aida ark) dari sabah kata bubut juga bermakna kejar, mungkin nama memang asal dari cerita ini.
kalo tak silap, kami panggil burung ni burung kerak nasi..
ReplyDelete