20 October 2009

Perenjak Leher Hitam

Perenjak Leher Hitam(Dark-necked Tailorbird), sekali dengar macam hero komik yang telah dialihbahasa kepada bahasa Malaysia saja.

Yang betina, sekali pandang, macam Perenjak Pisang(Common Tailorbird) sahaja.

bkt-cerakah-1321
Gambar kecil menunjukkan bahagian bawah ekornya yang kuning

Perenjak Leher Hitam

Dark-necked Tailorbird
Orthotomus atrogularis

Perenjak Pisang @ Common Tailorbird
Perenjak Pisang
Common Tailorbird/Long-tailed Tailorbird
Orthotomus sutorius

Perenjak Leher Hitam jantan lebih senang dikenali dengan bahagian leher hitam yang jelas kelihatan.

beberapa aksi menarik
bkt-cerakah-1343
Pandangan terbaik untuk melihat bahagian hitam di leher, sayang gambar kabur, Burung perenjak ini sangat aktif.

Mari kita lihat aksi-aksi meregang

bkt-cerakah-1335
Meregangkan kaki dan ekor..eeewah!

bkt-cerakah-1337
Regangkan kepak pula..hehe

Perenjak Leher Hitam ni boleh dijumpai di pinggir hutan tanah rendah.

15 October 2009

Memburung di belakang zoo

Satu hari ahad, aku menerima ajakan Tabib dan Madibirder untuk memburung di Kemensah. Dah lama dengar ada kawasan hutan di belakang zoo negara ini, tapi tak pernah sampai. Sampai-sampai di depan pintu zoo negara, Tabib, Madi dan anak lelaki Madi(Ilyas) sedang makan pagi. Selesai makan, kami masuk ke kawasan hutan Kemensah dengan kereta Madi.

Sampai-sampai, masuk je denai kena memanjat bukit. Wah! mengah-mengah nak memanjat ke atas.. mungkin sebab cuti sebulan berjalan.

Sampai di sebuah kolam, sementara diorang mencari pekaka. Saya tangkap gambar burung ini..

Burung Merbah Belukar (Olive-winged Bulbul) sedang berkicau sambil diperhatikan oleh pasangannya.
Kemensah-091011-004

Burung Layang-layang Pasifik(Pacific Swallow) ini juga sedang berehat di atas besi cerucuk yang terpacak di dalam tasik.
Kemensah-091011-007

Naik lagi ke atas bukit, saya di temukan dengan lifer saya yang pertama hari itu..


Burung Layang-layang Berjambul Kecil (Whiskered Treeswift), tertarik saya dengan cara ia melipat sayapnya selepas hinggap, semacam robot.

sampai di satu lembah, banyak lagi berjumpa berbagai spesis burung.


Burung Belatuk Biji Nangka betina (Rufous Woodpecker;female) yang pertama dapat ditangkap gambarnya oleh saya. Pada spesis belatuk, yang jantan ada calitan merah pada sisi kepalanya.
Lihat Belatuk Biji Nangka Jantan

Burung migrant juga sudah kembali.
Kemensah-091011-022
Ini burung Sambar Asia(Asian-brown Flycatcher).



Ini pula burung Kelicap Pipi Merah betina.(Ruby-cheeked Sunbird)Sepah Puteri Dada Merah; betina.(Scarlet-breasted flycatcher;female), masih tak dapat yang jantan.

Kemensah-091011-038
Daripada sekumpulan 5 ekor burung Cenuk Kerak ini, saya hanya dapat mengambil gambar seekor Cenuk Kerak Betina(Raffle's Malkoha;female) saja.


Seekor lagi burung betina?, Belatuk Merah.(Banded Yellownape;female). mungkin ya, sebab tak nampak tanda merah di sisi kepala.

Selepas keluar dari kawasan tersebut, Madi membawa kami berkereta di jalan-jalan sekitar Kemensah. Di satu lagi tempat di tepi jalan..

Lifer yang kedua!

Burung Mata Putih Rimba (Everett's White-eye)

Hampir-hampir tidak dapat menangkap lifer saya yang ketiga.


Merbah Siam(Black-headed Bulbul)

Terima kasih kepada Madibirder dan Tabib sebab mengajak saya mengunjungi kawasan yang mempunyai banyak spesies burung yang sungguh dekat dengan Kuala Lumpur.

My birdlist(seen,shot and with clear ID)
  1. Whiskered Treeswift
  2. Rufous Woodpecker
  3. Yellow-bellied Warbler
  4. Pacific Swallow
  5. Ruby-cheeked Sunbird
  6. Raffle's Malkoha
  7. Banded Yellownape
  8. Olive-winged Bulbul
  9. Blue-tailed Beeater
  10. Everett White-eye
  11. Black Headed Bulbul
  12. Barn Swallow

08 October 2009

Hari hujan.

Pagi ni hujan, dengarnya di Malaysia, ada 200 hari hujan dalam setahun. Adakah ini bermakna, makin kurang hari untuk melihat burung?

Sama sekali tidak!

Sebabnya, kalau hujan di tengahari atau petang, selepas hujan burung-burung akan keluar mencari makan. Cuba bayangkan masa mencari makan dipadatkan daripada beberapa jam kepada mungkin sejam selepas hujan. Peluang untuk melihat burung akan menjadi lebih senang..

Berikut ialah antara burung2 yang biasa kita lihat2 di sekitar rumah yang saya ambil dalam masa hanya setengah jam selepas hujan.

usj1-P8101967
Seekor Murai Kampung Jantan. (18:12:54)

usj1-P8101969
Datang Tiong Gembala Kerbau ini berusaha menghalau Murai Kampung tersebut (18:14:13)

usj1-P8101989
Kemudian, datang pula pasangan Murai tersebut(18:27:03)

usj1-P8101997
Rupa-rupanya, anak murai itu pun ada disekitar tempat itu.(18:35:59)

Sekarang saya sentiasa mencari kesempatan untuk keluar selepas hujan.

06 October 2009

rewind back a year.

I was checking back my rantings blog (of the same name but different site), still have some bird pics there.. so I move it here..

These are taken at taman tasik shah alam using my kodak z712 in february 2008


I cant see this black swan anymore? Did it died of loneliness like i write in this article "Lonely so lonely"


This male white peafowl seems to breed well in the island.

maybe the father of this white chick of this female blue peafowl as seen in this photo taken in June 2008


at this period, i know less about bird than now, and I am still learning.

back then, I called all this bird with long legs a bangau, malay name for egret. Unfortunately none of them are!


Its a juvenile Painted Stork, already fledge. Now I am thinking.. this year nesting starts in July, then last year nesting is so much earlier. Read about it here

even this grey heron is a bangau back then.



the nesting site seem to have shifted to the tall rhu trees on the east side of the lake

Still visiting this lake from time to time, but walking around with a long lens in the park is something to get used to as people will stare and gawk at you. When the lens is pointed their way, they cover their faces. So funny..

02 October 2009

Dari air ke udara/From water to air.

Ini gambar lama dari kamera 350d, pakai tamron 75-300 macro. Masa tu dah tengahari, jadi tak banyak burung.. jadi lepak tepi tasik layan pepatung..

bkt cerakah_9949

baru menjelma dari air, sayang lens pinjaman ni aperture dia sangkut wide open. ingat nak capture kulit nymph dia kat belakang tu

try pakai focus braketing technic, 2 gambar jadikan satu untuk dapatkan DOF(depth of field) sebab DOF tamron ni wide open sgt nipis

bkt cerakah_9924

nak tau pasal teknik ni kat sini

sambungan kepak
bkt cerakah_9930

gambar penuh
bkt cerakah_9919

dapat pulak tangkap masa dia terbang, tapi ini spesis pepatung merah..
bkt cerakah_9939