10 April 2009

Dendang Selayang dengan anaknya.

Dengar sahutan burung dendang selayang ni
uuwooow - uuwooow - uuwooow!
mana dia ye.. pandang atas pucuk pokok2 tak nampak pun.

pandang pokok sekeliling nampak lak sarang, tenung betul-betul baru nampak bende bergerak.

uih! ade anak dia, mulut je buka, suara tak keluar..

lama gak aku tunggu, ade gak org lalu lalang. aku buat tak tau je..

beberapa ekor kerengge dtg gigit perut aku.. abih bau kerengge tangan ni..cabut kerengge tu.. sakit gak, cam kena sunat. hehehe!

tiba nampak ibunya hinggap kat pokok sebelah.. bila sunyi je, baru dia terbang ke pokok yg ada sarang dia. tapi kat dahan lain.



bila line clear dia melompat ke dari dahan ke dahan sampai ke sarang dia. nampak cam bawak belalang je warna hijau.




haa.. sekor anak dia dah makan, sekor lagi masih tunggu.. uuwooow - uuuwooow,
oh! pasangan dia dah sampai..

hmm harap2 besarlah sampai dewasa. cantik burung dendang selayang (kunyit besar) ni, besar merpati.

Black-Naped Oriole
Dendang Selayang / Kunyit Besar
Oriolus Chinensis

1 comment:

  1. great find, i have never come across nesting with chicks

    ReplyDelete

Sweets or Stones, it must worth something..jot it down!