11 April 2009

Two Friends



Burung Merbah Kapur(Kanan) penduduk tetap Malaysia, Burung Tirjup Coklat (Kiri), migran dari Siberia, berada untuk musim sejuk dari September ke April.

Di suatu petang, Merbah bertemu dengan kawannya Tirjup.

"Bagaimana dengan perjalanan kamu dari Siberia?", Merbah bertanya.

"Biasalah, perjalanan ke mari memang penuh dengan rintangan, angin ribut, kilat sambar menyambar tambahan lagi asap beracun semakin banyak merata-rata. sesak nafas aku", jawap Tirjup.

"Habis, apa kenapa kau masih bersusah payah balik ke mari?" Tanya Merbah kembali.

"Aku rindu mata kamu yang comel itu!", kata Tirjup sambil ketawa.

"Boleh percaya ker? Kalau begitu kamu janganlah balik ke sini lagi.. janganlah kamu bersusah payah kerana aku.." luah Merbah.

Tirjup terdiam, dalam fikirannya, "apa salahnya aku bersusah payah, sekiranya itu yang membuat aku gembira, lagipun Merbah memang suka aku ke mari. Kenapakah dia berkata begitu...?"

walaupun Merbah berkata begitu, setiap tahun Tirjup akan berulang alik dari Siberia ke Malaysia. Apa salahnya bersusah payah kan!

a fictional story I write for the above pic, a composite of 2 picture shot with the same background. The uniform shape of the roof shingles gave a nice way to accurately sized the birds. If fact, the Brown Shrike and the Yellow-vented Bulbul is the same sized at 20-22cm.
The Brown shrike should be a lanius cristatus cristatus - female

1 comment:

  1. Nice post-production and story too.
    I nature, I have never seen them close together. In fact the bulbul will chase that Tirjup (shrike) away.

    ReplyDelete

Sweets or Stones, it must worth something..jot it down!